10 import perkuat THT, TLHT

52

SERAMAI 10 pemain import bakal memperkuatkan skuad hoki Terengganu (THT) dan TLHT (skuad wanita) bagi mengharungi saingan Liga Hoki Malaysia, musim ini lapor NORHASPIDA YATIM.
Dua import Argentina dan Korea Selatan iaitu Pablo Javier Travisan, Gonzalo Merino serta Jung Manjae dan Jang Jonghyun manakala seorang pemain import dari Wales, Ant Daniel Kyriakides.
Bagi TLHT pula, tiga import dari India iaitu Man Meet Kaur, Jaswinder Kaur dan Jaspreet Kaur selain Domashneva Vera dari Wales dan Bakhavaddin Glizal dari Kazakhstan diyakini mampu menambah 'sengat' pasukan itu.
**media[145047]**
Sementara itu, pengendali baharu THT, I Vikneswaran Iswarapatham berazam untuk meneruskan legasi kecemerlangan pasukan meskipun memulakan tugasnya selaku ketua jurulatih dengan langkah kiri apabila terlepas peluang untuk merangkul gelaran juara Piala Tan Sri P. Alajendra, selepas tewas 1-2 kepada TNB, kelmarin.
Menurutnya, kecederaan dialami dua pemain pada saingan Piala Tan Sri P. Alajendra adalah cabaran yang perlu ditangani secara positif selepas .
"Saya ambil cabaran ini secara positif dan kita akan tumpu untuk buat persediaan terbaik untuk Piala Sumbangsih, Jumaat ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis memperkenalkan pemain kedua-dua pasukan yang disempurnakan Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, semalam.
**media[145048]**
Dalam pada itu, jurulatih TLHT, Iman Gobinathan berkata, beliau tekad memperbaiki prestasi pasukan berbanding tahun lalu.
"Kita nak improve (perbaiki) berbanding tahun lalu dan pada pemerhatian saya, para pemain telah bersedia untuk berlawan.
"Antara kelebihan yang kita ada pada pemain import ialah dari segi ketinggian misalnya pemain import dari Kazakhstan akan beraksi dengan baik sebagai goalkeeper," katanya.
Liga Hoki Malaysia akan membuka tirai dengan perlawanan Sumbangsih antara THT menentang UniKL di Stadium Batu Buruk pada 11 Januari ini.

Komen anda