Austin digantung dua perlawanan

34

PENYERANG Southampton, Charlie Austin telah dikenakan penggantungan dua pertandingan oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) selepas membuat isyarat menyerang kepada peminat Manchester City bulan lepas.

Pemain berusia 29 tahun itu didakwa oleh FA untuk tindakannya itu selepas dia diganti ketika kekalahan 3-1 di Southampton di St Mary pada 30 Disember lalu.

Dia mengakui pertuduhan FA berhubung dengan isyarat itu dan kini akan terlepas pertembungan Liga Perdana Inggeris melibatkan Saints dengan Leicester serta perlawanan Piala FA mereka menentang Derby.

Austin, yang menerima kad kuning 10 minit sebelum dia diganti telah beraksi dalam kesemua empat perlawanan terakhir Southampton dan berjaya menjaringkan tiga gol untuk Saints musim ini.

Ketiadaannya menambah kepada masalah buat pengurusnya, Ralph Hasenhuttl dalam memantapkan lagi jentera serangan apabila Danny Ings dan Michael Obafemi masih dalam keraguan untuk diturunkan pada pertemuan itu apabila masing-masing masih berdepan masalah kecederaan hamstring.

Komen anda