Awas pemusnah The Blues!

197

REKOD cemerlang Sergio Aguero ketika diturunkan dalam aksi bertemu kelab-kelab besar akan terus menjadi taruhan utama Manchester City pada pertemuan menentang Chelsea tengah malam ini.

Pengurusnya, Pep Guardiola berkata, berbekalkan rekod baik tersebut, beliau yakin bintang kebangsaan Argentina itu akan terus menyinar untuk membolosi gawang lawan, sekali gus membantu The Citizens terus menerajui takhta Liga Perdana Inggeris.

"Inilah yang sepatutnya. Pemain berbakat besar seperti Aguero wajib diturunkan dalam perlawanan-perlawanan besar dan saya yakin dia akan terus menyinar untuk menjaringkan gol.

"Tidak ada masalah besar untuk dia terus melebarkan rekod yang diciptanya selama ini. Sebagai pemain yang istimewa untuk pasukan, perlawanan besar seperti ini akan hanya jadi perlawanan biasa untuknya tanpa sebarang tekanan," katanya.

Untuk rekod, sejak menyertai City, Aguero telah beraksi sebanyak 321 kali dan mencetak 219 gol dan 63 bantuan gol untuk kelab itu.

Lebih menarik, Aguero turut mencatat rekod baik ketika turun menentang enam pasukan besar iaitu dengan menjaringkan 40 gol daripada 63 perlawanan tumpuan.

Komen anda