Kontijen Sukan Para Asia Malaysia meraih pingat perak pertama Sukan Para Asia 2018 menerusi acara badminton berpasukan lelaki selepas tewas 1-2 kepada Indonesia pada perlawanan akhir acara itu di Stadium Istora Senayan, di sini hari ini.

Perseorangan kedua, Mohammad Faris Ahmad Azri gagal mengekang ketangkasan Deva Anrimusthi pada perlawanan terakhir selepas kedudukan terikat 1-1.

Mohammad Faris tewas straight set 6-21, 12-21.

Pada perlawanan perseorangan pertama, Bakri Omar tewas 6-21 dan 12-21 kepada Fredy Setiawan, sebelum, pasangan bergu Cheah Liek Hou/Hairul Fozi Saaba menyamakan kedudukan 1-1 selepas mengatasi pasangan Hafizh Brilliansyah/Hary Susanto 21-10, 21-17.

Jurulatih badminton paralimpik Malaysia, Abdul Rani Jaafar berkata para pemainnya telah melakukan yang terbaik menentang pasukan pasukan pilihan Indonesia itu.

“Kita sasarkan pasukan lelaki ini layak ke separuh akhir. Alhamdulillah mereka layak ke final dan memberikan pingat pertama untuk Malaysia,” katanya.-Bernama.

Komen anda