‘Bangkitlah Morata!’

183
Morata dituntut kembali ke prestasi terbaiknya pada perlawanan menentang Manchester City awal pagi esok.
Morata dituntut kembali ke prestasi terbaiknya pada perlawanan menentang Manchester City awal pagi esok.

PENGURUS Chelsea, Antonio Conte memberi kata dua kepada penyerangnya, Alvaro Morata supaya segera kembali ke prestasi terbaiknya.

Conte berkata demikian menjelang pertemuan dengan pendahulu liga, Manchester City yang mana beliau menagih ketajaman penyerang kebangsaan Sepanyol itu untuk kembali merobek gawang.

“Morata perlu segera bangkit untuk kembali ke prestasi terbaiknya seperti sebelum ini.

“Dia perlu ada lebih kesabaran ketika beraksi sebagaimana kami telah bersabar untuk melihatnya kembali menjaringkan gol.

“Satu-satunya cara untuk beliau ialah kembali fokus dan bekerja lebih keras seperti yang pernah beliau lakukan sebelum ini,” katanya.

Morata, 25, sudah mengalami kemarau gol sejak perlawanan ‘Boxing Day’ bertemu Brighton and Hove Albion, Disember tahun lalu.

Disebabkan itu, beliau semakin jarang dijadikan pilihan untuk beraksi dalam kesebelasan utama The Blues tahun ini.

Komen anda