Bayern tak hormati Chelsea

51

PENGURUS Chelsea, Maurizio Sarri mengkritik sikap Bayern Munich yang secara terbuka mengaku tertarik dengan pemain sayap The Blues, Callum Hudson-Odoi.

Hudson-Odoi, yang masih dalam kontrak dengan Chelsea sehingga 2020 mencetuskan spekulasi perpindahannya apabila Pengarah Sukan Bayern, Hasan Salihamidzic, secara terbuka menyebut Hudson-Odoi sesuai untuk beraksi bersama The Bavarians.

Begitupun tindakan itu kurang disenangi Sarri yang menyifatkan Bayern bersikap sombong dan tidak menghormati Chelsea dengan membicarakan pemain yang masih terikat kontrak.

"Saya fikir ia tidak profesional kerana mereka bercakap tentang pemain yang masih dikontrak oleh Chelsea. Jadi saya tidak fikir mereka menghormati kelab kami, saya tidak tahu apa yang perlu saya katakan dan saya juga tidak tahu situasinya," ujarnya.

Meksipun musim ini Hudson-Odoi tidak mempunyai banyak peluang untuk bermain dan hanya beraksi tujuh kali dalam semua pertandingan, namun Sarri tetap berpuas hati dengan perkembangan pemain sayap berusia 18 tahun itu.

"Saya sangat gembira dengannya kerana dia telah menunjukkan peningkatan, dan dia banyak bertambah dari segi pertahanan dan kini dia harus memperbaiki gerakan tanpa bola.

"Sekarang dia bekerja dengan baik, jadi saya gembira dengannya dan saya mahu dia di sini untuk masa depan," katanya.

Komen anda