Belang Akhyar Rashid terserlah di Larkin

5837
FOTO: JOHOR SOUTHERN TIGERS
FOTO: JOHOR SOUTHERN TIGERS

 

Kecaman demi kecaman yang diterima Akhyar Rashid dek kontroversi perpindahannya nyata tidak melemahkan semangat anak muda itu apabila tetap menampilkan persembahan menarik dalam aksi debutnya bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).

 

Dalam aksi pra musim menentang Home United di Larkin, Akhyar cemerlang mencipta dua bantuan gol masing-masing kepada Hazwan Bakri dan Safawi Rasid untuk membantu skuad Harimau Selatan mencatat kemenangan bergaya 5-0.

 

Jelas sekali, Akhyar tidak memerlukan masa yang lama untuk mencipta impak bersama JDT, malah tidak keterlaluan untuk mengatakan pemain berusia 19 tahun itu mampu bersaing hebat dengan pemain ternama lain dalam kesebelasan utama pasukan.

 

Paling penting, keserasiannya bersama pemain lain terutamanya, Safawi cukup terserlah. Malah, keakraban duo muda berbisa ini turut diungkapkan di laman sosial masing-masing.

 

“Ma boii @safawirasid29,” tulis Akhyar di Instagram.

 

“My man,” balas Safawi.

 

Justeru, tidak hairanlah jika dua anak muda ini bakal menjadi antara pemain yang bakal menggegar saingan Liga Malaysia 2019.

 

Komen anda