//Script for Taboola
Utama Olahraga

Olahraga

Kuartet 4X100M intai peluang lakar kejutan

  Kuartet 4x100m lelaki negara mengintai peluang untuk mencipta kejutan dalam aksi final pada hari terakhir acara olahraga Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 malam ini. Kuartet dibarisi Raja Pecut negara Khairul Hafiz Jantan, Jonathan Nyepa, Muhammad Haiqal Hanafi dan Muhammad Zulfiqar Ismail mencatat masa 39.59 saat...

Zaidatul mara ke final, Khairul Hafiz dan Jonathan terkandas

Pelari pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli layak ke final acara pecut 100 meter wanita pada temasya Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang apabila mencatat masa 11.70 saat dalam saingan separuh akhir sebentar tadi. Beliau menamatkan saingan separuh akhir di kedudukan ketiga di...

Khairul Hafiz, Jonathan dan Zahidatul layak ke saingan separuh akhir

Jaguh pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan mengetuai barisan  pelari pecut kebangsaan mara ke saingan separuh akhir acara pecut 100 meter (m) pada temasya Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang. Khairul Hafiz yang juga pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 10.18 saat (s) menamatkan aksi pusingan pertama saringan ketiga di kedudukan ketiga selepas merakam 10.47s di belakang juara remaja dunia dari Indonesia,...

Nauraj, Hup Wei tepati ramalan ke final

Dua jaguh lompat tinggi lelaki negara, Nauraj Singh Randhawa dan Lee Hup Wei menepati ramalan mara ke final acara itu sekali gus menghidupkan peluang mencipta kejutan pada Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang. Nauraj, pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 2.30 meter (m) mudah melepasi ketinggian 2.10m pada lompatan pertama sebelum sekali lagi cemerlang pada ketinggian...

Karim nafi KOM ambil sikap lepas tangan

PRESIDEN Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim menafikan dakwaan Ketua Kontinjen Sukan Asia bahawa beliau mengambil sikap lepas tangan terhadap jurulatih pecut negara, Poad Md Kassim sehingga terpaksa mencari penajaan sendiri untuk ke Sukan Asia Jakarta-Palembang yang sedang berlangsung. Karim yang kecewa dengan kenyataan Datuk...

Irfan, Jun Hoong atlet gemilang Masum 2017

Jaguh lempar cakera Muhammad Irfan Shamsuddin dan ratu terjun negara Cheong Jun Hoong dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati Majlis Sukan Universiti  Malaysia (Masum) 2017 malam ini. Jun Hoong dari Universiti Putra Malaysia, yang muncul juara dunia selepas memenangi pingat emas acara 10 meter platform pada Kejohanan Akuatik Dunia di...

PJ Half Marathon Ahad ini

SERAMAI 10,400 peserta telah mengesahkan penyertaan bagi menyahut cabaran PJ Half Marathon di Padang Timur, Dataran Petaling Jaya seawal jam 4.45 pagi pada 15 Julai ini (Ahad). Acara larian terulung di Petaling Jaya itu menyaksikan sebanyak empat kategori utama dipertandingkan...

KOM nyatakan sokongan kepada Mumtaz pertahan jawatan Naib Presiden MOM

KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) menyatakan sokongan penuh terhadap Datuk Mumtaz Jaafar yang akan bertanding untuk mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menjelang pemilihan badan itu minggu ini. Presidennya, Datuk Karim Ibrahim berkata, kredibiliti Mumtaz untuk terus menyandang...

Hakimi tak sangka…

JAGUH lompat kijang, Muhammad Hakimi Ismail menyifatkan pemilihannya selaku pembawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan temasya Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, bermula 4 hingga 15 April ini sebagai satu penghormatan besar buat dirinya. Menurut anak jati Taiping, Perak...

Hakimi mahu manfaatkan peluang terbuka di Gold Coast

JAGUH lompat kijang negara, Muhammad Hakimi Ismail optimis peluang untuk meraih pingat pertamanya di Sukan Komanwel mampu dicapai. Anak jati Taiping, Perak itu berkata, impian tersebut tidak mustahil untuk direalisasikan memandangkan tiada pencabar yang begitu menonjol untuk dijadikan calon pilihan...

POPULAR KINI

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI
© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf
error: