Chong Wei

DATUK Lee Chong Wei berjaya merealisasikan impianya untuk merangkul kejuaraan Badminton Terbuka Malaysia buat kali ke-12 apabila menewaskan bintang Jepun, Kento Momota pada aksi final, sebentar tadi.

Beraksi di hadapan penonton sendiri, Chong Wei yang bakal mencecah 36 tahun pada 21 Oktober ini sedikit pun tidak menunjukkan tanda keletihan sebaliknya mempamerkan aksi bertenaga untuk menang straight set 21-17, 23-21 dalam tempoh 70 minit.

Kemenangan itu membolehkan beliau merampas kembali kejuaraan yang kali terakhir dimenangi pada 2016, sekali gus menambah koleksi kemenangan selepas turut muncul juara pada 2004, 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013 dan 2014.

Keputusan itu juga membolehkan beliau membalas dendam atas kekalahan 19-21, 14-21 kepada pemain nombor 11 dunia, Momota pada Kejohanan Asia, April lalu

Komen anda