PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp mengakui hanya tidak pernah mengimpikan untuk membimbing pasukan terbaik sebaliknya lebih berminat menewaskan yang terbaik.
Katanya, jika pasukan itu lebih baik berbanding anda, cuba bersaing dan tewaskan mereka.
"Saya tidak pernah mempunyai impian untuk membimbing pasukan terbaik ketika menjadi pemain atau pengurus.
“Yang saya berminat adalah untuk menewaskan pasukan terbaik dan pasukan itu di England ketika ini adalah Manchester City. Matlamat utama adalah untuk menewaskan City sekerap yang mungkin,” katanya.
Klopp berkata, Liverpool berada dalam ‘liga’ yang dihuni enam pasukan terbaik untuk merebut empat tempat ke saingan Liga Juara-Juara sekali gus menjadikan tugas mereka lebih sukar.
Sementara itu, Klopp turut memuji penyokong Liverpool yang memberi sokongan padu ketika mereka mencatat kemenangan ke atas West Ham pada aksi pertama mereka.
“Sejarah Liverpool sentiasa membabitkan persaingan dan apabila anda bersaing, ia bukanlah sesuatu yang mudah,” katanya.
Klopp yang memasuki musim keempat sebagai pengurus Liverpool berkata, Anfield adalah kelab terbaik untuknya melakarkan kejayaan.
Liverpool masih mencari trofi pertama mereka di bawah bimbingan Klopp selepas tewas di saingan Piala Liga, Liga Europa dan Liga Juara-Juara.

Komen anda

SAHAM
Artikel sebelum iniLuqman jadi taruhan
Artikel seterusnyaBale ganti Ronaldo