Van Dijk meraikan jaringan kemenangannya untuk membawa Liverpool mara ke pusingan keempat Piala FA.

DEBUT pertama pemain pertahanan termahal dunia, Virgil Van Dijk berakhir penuh gilang gemilang apabila pemain kelahiran Belanda itu menjaringkan gol kemenangan untuk membawa Liverpool mara ke pusingan keempat Piala FA.

Ditemuramah media selepas perlawanan, Van Dijk mengakui debutnya bersama The Reds ini begitu istimewa dalam hidupnya.

“Satu malam yang luar biasa. Ini satu kemenangan yang sememangnya layak untuk kami perolehi.

“Bermain di Anfield bersama Liverpool adalah impian saya dan saya bangga dapat beraksi bersama pasukan ini.

“Bila dapat menjaringkan gol kemenangan untuk pasukan ia menjadikan malam ini lebih istimewa,” katanya.

Dalam perlawanan Merseyside Derby awal pagi semalam, Van Dijk menjaringkan gol kemenangan Liverpool di minit ke-84 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Jaringannya itu sekali gus berjaya menutup mulut pengkritik-pengkritik yang menganggap beliau dibeli dengan harga yang terlalu mahal oleh Liverpool dari Southampton.

 

 

Komen anda