Hasrat Franklin terjejas

101

HASRAT Missy Franklin kembali menggegarkan temasya Olimpik Tokyo 2020 sedikit tercemar apabila juara lima kali itu gagal layak ke final acara 200m gaya bebas di Kejohanan Renang AS, semalam.

Keputusan itu bermakna Missy yang turut tidak berjaya menempatkan diri ke final acara 100m gaya bebas sebelum ini terlepas peluang untuk ke Kejohanan Pan Pacific di Tokyo bulan depan selain Kejohanan Dunia di Korea Selatan tahun depan iaitu pertandingan yang dijadikan landasan oleh perenang terbaik dunia sebelum ke Olimpik 2020.

Dalam saringan acara 200m gaya bebas, Missy menamatkan saingan di kedudukan ke-18 dengan catatan 1min 59.56s manakala pendahulu, Gabby Deloof mencatat 1:56.76s.

Missy, 23, yang kembali ke kolam renang buat kali keempat sejak menjalani dua pembedahan bahu pada Januari 2017, memilih untuk beraksi dalam acara kuak lentang yang pernah menjadi acara kegemarannya sebelum ini.

Missy menggegar temasya Olimpik London 2012 apabila memenangi empat emas dan pada tahun berikutnya, dia memenangi enam gelaran dunia di Barcelona.

Tetapi ketika temasya Olimpik Rio 2016, dia gagal layak ke final acara individu dan satu-satunya emas yang dimenangi di Rio hadir menerusi acara 4x200m gaya bebas berganti-ganti tetapi dia tidak beraksi di final.

–tamat–

Komen anda