Hasrat Welson ke final berkecai

129
JAKARTA, 22 Ogos -- Atlet renang negara Welson Sim beraksi dalam acara 4x100 gaya bebas pusingan kelayakan pada Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 di Pusat Akuatik Gelora Bung Karno hari ini. Welson berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

HASRAT perenang negara, Welsom Sim untuk mara ke final acara 400 meter (m) gaya bebas Sukan Asia 2018 tidak kesampaian selepas menduduki tempat keempat dalam saringan ketiga di Kompleks Renang Gelora Bung Karno.
Atlet berusia 21 tahun itu yang bermula di lorong ketiga bersebelahan jaguh China yang juga pemenang pingat emas Olimpik Rio 2016, Sun Yang gagal mengekalkan rentak cemerlang seawal 100m apabila sekadar mencatat masa 3 minit 54.48 saat (s). Catatannya itu jauh tersasar daripada rekod kebangsaan miliknya iaitu 3:49.13s.
Jelasnya dia tidak tahu apa yang terjadi dan mengakui menghadapi kesukaran mengikut rentak renangan Yang yang merakam 3:49.13s untuk memenangi saringan berkenaan.
"Saya tidak tahu apa yang berlaku dan tidak dapat melakukannya, Yang semakin laju dan saya pula semakin perlahan. Saya tidak dapat mengikut rentak renangannya,” tambahnya.
Semalam, Welson memperbaharui rekod kebangsaan 8:12.74s miliknya dalam acara 800m gaya bebas selepas merakam 8:12.46s pada aksi final di venue sama. – BERNAMA

Komen anda