BINTANG Chelsea, Eden Hazard mengingatkan pesaing-pesaing di Liga Perdana Inggeris bahawa The Blues bakal menjadi pesaing terhebat musim ini.

Jelas bintang kebangsaan Belgium itu, antara sasaran utama pasukan musim ini ialah untuk kembali merampas trofi Liga Perdana Inggeris yang diraih Manchester City musim lalu.

“Jelas sekali kami mahu berada dalam kedudukan tiga terbaik, bahkan mahu menjadi juara.

“Saya tahu kami semakin meningkat dan pada perlawanan terakhir kami langsung tidak dibolosi, itu sangat pisitif. Jadi, ia kelihatan berada pada landasan yang tepat buat masa ini,” katanya.

Bagaimanapun, Hazard mengakui persaingan kali ini tampak lebih sukar dengan prestasi cemerlang yang ditunjukkan pasukan-pasukan besar lain dalam liga.

“Ya, ia kelihatan sukar dengan kebangkitan Manchester City dan Liverpool, bahkan Tottenham Hotspur juga sangat kuat.

“Tapi itu bukan alasan, kami juga perlu membuktikannya dan kita akan lihat nanti bagaimana. Apa pun, saya yakin kami akan berada di atas,” katanya lagi.

Selepas rehat untuk aksi antarabangsa nanti, Chelsea akan kembali berdepan Cardiff City pada 15 September depan untuk perlawanan liga yang seterusnya.

Komen anda