KARIM Benzema tidak akan beraksi lagi bersama pasukan Perancis.

Presiden Federasi Bola Sepak Perancis, Noel Le Graet berkata, karier Benzema telah pun berakhir berdasarkan prestasi semasa pemain itu selain kes peras ugut pita seks membabitkan rakan sepasukannya di Perancis, Mathieu Valbuena.

“Kes skandal Valbuena-Benzema masih belum selesai dan telah memasuki episod baru.

“Saya bukannya tidak suka Benzema, dia selalu bersikap baik dalam pasukan. Tetapi, saya fikir kariernya bersama skuad kebangsaan sudah berakhir dan prestasinya sudah menurun,” katanya.

Pemain berusia 30 tahun itu sudah tidak menyarung jersi Perancis sejak Oktober 2015 selepas insiden kes peras ugut tersebut.

Keputusan kes tersebut akan ditentukan pada awal bulan depan, namun, keputusan tersebut dijangka tidak mengubah karier Benzema bersama Perancis.

Benzema menjalani debut bersama Perancis pada Mac 2007 dan telah mengumpul 81 cap dan 27 gol.

Komen anda