Griezmann berjaya melepasi kubu terakhir Arsenal untuk menjaringkan gol penting Atletico.

DIEGO Simeone menyanjung tinggi prestasi anak buahnya ketika berjaya mengikat keputusan seri 1-1 dengan Arsenal dalam aksi separuh akhir pertama Liga Europa.

Katanya, keberanian tinggi yang ditunjukkan pemainnya walaupun terpaksa beraksi dengan 10 pemain sejak minit ke-10 perlawanan wajar mendapat pujian semua pihak.

“Memang sukar beraksi di Emirates menentang sebuah pasukan yang hebat seperti Arsenal. Apatah lagi apabila kami terpaksa beraksi dengan 10 pemain seawal minit ke-10.

“Tetapi pemain saya berjaya menahan tekanan luar biasa daripada pasukan tuan rumah dan itu benar-benar mengagumkan.

“Anda perlu tahu bahawa ianya tidak mudah untuk mengamalkan corak bertahan sejak dari awal. Walaupun hanya bertahan, tetapi kami masih berjaya menjaringkan gol dan itu benar-benar sesuatu yang luar biasa,” katanya.

Dalam perlawanan itu, ATletico terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Sime Vrsaljko menerima kad kuning kedua pada minit ke-10.

Selepas ini, Atletico akan melayan kunjungan ARsenal dalam aksi timbal balik di Wanda Metropolitano pada 4 Mei nanti.

-end-

Komen anda