Lacazette tidak berminat untuk tinggalkan Arsenal

120
ALEXANDRE Lacazette pernah dikhabarkan akan meninggalkan Arsenal pada jendela perpindahan musim panas lalu ekoran minit bermain yang agak kurang selain cara permainannya yang dikatakan mirip seorang lagi penyerang Gunners, Pierre-Emerick Aubameyang.

Namun, bintang Perancis itu tampil menepis khabar angin tersebut dan menyifatkan beliau tidak pernah sama sekali mahu meninggalkan Arsenal.

“Saya tidak tahu siapa yang memulakan khabar angin ini, tetapi perlu saya katakan bahawa saya kini berada di salah satu kelab terbaik di London dan saya sedang bahagia bersama Arsenal,” katanya.

Pada masa sama, beliau tetap mengakui bahawa persaingan untuk mendapatkan kesebelasan utama dalam pasukan sangat sukar, namun beliau lebih gemarkan cabaran.

“Ya, memang sukar untuk berada dalam kesebelasan utama sebuah pasukan top seperti ini, tetapi saya seorang pejuang dan saya akan selalu bekerja keras untuk membuktikannya.

“Saya tidak akan bermain setiap minggu hanya kerana satu perlawanan, tetapi saya akan bekerja keras setiap hari untuk membuktikan kepada pengurus bahawa saya layak mendapat tempat dalam pasukan,” katanya lagi.

Hujung minggu lalu, Lacazette telah diturunkan dalam kesebelasan utama Arsenal ketika bertandang ke Cardiff City. Hasilnya, beliau berjaya menjaringkan gol kemenangan Arsenal sekali gus meraih kemenangan kedua berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris.

Komen anda