Lampard nafi mahu ‘sailang’ jawatan Sarri di Chelsea

152
NAMA Frank Lampard disebut-sebut bakal menggantikan tugas Maurizio Sarri di Chelsea selepas The Blues dua kali diaib dengan kekalahan memalukan di Liga Perdana Inggeris.

Lampard bagaimanapun menafikan khabar angin tersebut kerana menganggap tugasnya masih belum selesai sebagai pengurus Derby County.

“Sebagai bekas pemain, tidak hairanlah nama saya dikaitkan. Tetapi saya merasakan tindakan itu (mengaitkan namanya) tidak betul pada waktu sekarang.

“Khabar angin seperti ini tidak benar dan saya juga tidak berminat untuk berbicara tentangnya. Saya sangat menghormati Chelsea dan juga pengurusnya, tetapi tugas saya di sini (Derby) masih belum selesai dan saya perlu bekerja keras.

Lampard yang pernah menjadi legenda bersama Chelsea bagaimanapun mengakui agak terkejut dengan kekalahan besar pasukan itu musim ini, pertama tewas 0-4 kepada Bournemouth dan dimalukan Manchester City 0-6 baru-baru ini.

“Kekalahan seperti ini bukanlah sesuatu yang selalu terjadi kepada Chelsea. Ia memang mengejutkan, tetapi jangan lupa mereka tewas kepada pasukan yang hebat seperti Manchester City.

“Saya harap mereka akan bangkit selepas ini untuk mendapatkan hasil yang lebih baik untuk kelab dan penyokong,” katanya.

Komen anda