ULTIMATE Fighting Championship (UFC) mengumumkan penggantungan Conor McGregor selepas kekalahannya kepada Khabib Nurmagomedov hujung minggu lalu.

Menurut satu laporan dikeluarkan UFC, McGregor menerima penggantungan perubatan selama satu bulan sehingga 6 November depan dan peninju kelahiran Ireland itu tidak dibenarkan mengikuti sebarang kontak sehingga 28 Oktober, selain turut mengeluarkan senarai penggantungan perubatan bagi peninju yang bersaing di kad UFC 229.

McGregor kembali bersaing dalam seni mempertahankan diri campuran itu selepas berehat dua tahun dalam satu acara yang dianggap sebagai yang terbesar dalam sejarah UFC.

Sementara itu, Presiden UFC, Dana White berkata, penggantungan itu sudah menjadi rutin kepada peninju
selepas pemeriksaan perubatan dari doktor masing-masing sejurus tamat satu-satu perlawanan.

Katanya, penggantungan itu adakalanya panjang sebelum peninju dapat kembali ke gelanggang sebaik mereka mendapat lampu hijau daripada doktor masing-masing.

“Tidak kesemua kecederaan dicatat dalam peperiksaan selepas pertarungan sebaliknya ujian susulan kadang-kadang menonjolkan isu-isu berkaitan yang perlu dibersihkan sebelum berjuang lagi.

“Ini adalah realiti dan sukan ini menjadi sukan yang paling dikawal di dunia. Sekiranya berlaku kecederaan di kepala mereka mungkin akan digantung sehingga tiga bulan dan hanya boleh kembali ke gelanggang selepas diperiksa dan bebas daripada sebarang kecederaan,” katanya.

Sementara itu, Khabib bebas daripada sebarang pengantungan kesihatan selepas lulus ujian perubatan sebaik tamat pertarungan terbabit.

Komen anda