Mercedes kuasai pentas F1 lagi?

198

KETUA Teknikal Williams, Paddy Lowe percaya sukar pasukan Formula 1 (F1) lain menghentikan penguasaan Mercedes pada musim 2019.

Ini disebabkan Mercedes menguasai perlumbaan F1 lima musim berturut-turut menjadi pengeluar yang sentiasa melonjakkan pelumbanya untuk menjadi juara dunia sejak 2014.

Lowe percaya bahawa Mercedes sukar ditewaskan musim 2019 yang disifatkannya pasukan itu telah belajar daripada kegagalan masa lalu.

“Selalunya adalah sangat sukar untuk mengekalkan motivasi untuk terus menang apabila anda sudah membuktikannya (menang).

“Bagaimanapun ia adalah masalah yang telah dihadapi ketika saya berada di sana sebelum ini, saya fikir mereka telah mempunyai pendekatan yang terbaik dalam menanganinya dan saya fikir mereka ini amat sukar untuk ditewaskan,” katanya.

“Mercedes adalah pasukan yang hebat, saya tahu betapa baiknya, ia akan menjadi sangat sukar bagi sesiapa sahaja untuk mengalahkan mereka,” tegasnya.

Komposisi pemandu Mercedes pada musim 2019 tidak akan berubah apabila mereka masih diperkukuhkan pemandu profesional, Valtteri Bottas dan juara dunia Lewis Hamilton.

Komen anda