MSM tak serik jadi ejen Akhyar, sedia ikat kontrak baharu jika…

897

 

Marquee Sports Management (MSM) menyifatkan tiada istilah serik bekerjasama dengan figura bernama Akhyar Rashid meski pun hak mereka sebagai ejen yang sah dinafikan pemain muda itu untuk berhijrah ke JDT.

 

Ejennya, Wan Mohd Anwari atau Ari berkata, tidak timbul istilah serik, malah beliau sedia untuk terus menguruskan karier pemain berusia 19 tahun itu, jika Akhyar mahu menandatangani kontrak baharu bersama MSM akhir bulan ini.

 

“Kami di MSM tidak terfikir untuk menamatkan hubungan yang ada ini. Apa-apa pun terpulang kepada Akhyar jika beliau mahu meneruskan atau tidak.

 

“Diharapkan apa yang berlaku ini menjadi pengajaran berguna untuk Akhyar memandangkan beliau masih muda dan ada masa depan yang cerah dalam bola sepak.

 

“Saya juga berharap Akhyar atau mana-mana pemain di Malaysia lebih menghormati kontrak walau apa jua jenis kontrak yang ditandatangani bagi mengelakkan berlakunya sebarang perkara tidak diingini kelak,” katanya lagi.

Komen anda