‘Nak nampak buat kerja depan YB (Syed Saddiq) ke?’ – Irfan sindir Karim, Shapawi

1412
FOTO: FB IRFAN
ATLET lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin terus lantang bersuara mengkritik Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

Terbaharu, pemenang pingat perak Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) itu menghangatkan kemelutnya dengan badan induk olahraga negara itu apabila menyindir Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim.

Sindiran di Instagramnya itu ditujukan selepas Karim memintanya mengemukakan dokumen dan kertas cadangan jika mahu mendapatkan dana pembiayaan latihan ke luar negara.

Hantaran Irfan di Instagram yang menyindir Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim.

“Nampak permainan dia? Sebelum ini tak pernah minta, tiba-tiba minta semua dokumen-dokumen ni.

“Nak nampak buat kerja depan YB (Syed Saddiq) ke?,” soalnya.

Turut terkena tempias ialah Ketua Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang baru sahaja berjaya ‘memujuk’ tiga atlet memanah negara untuk kembali daripada persaraan dan terus bersama skuad negara.

“Kalau aku tak bersuara hari tu, kau rasa diaorang akan ambil kisah pasal budak memanah ini?,” katanya lagi.

Komen anda