PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho kembali menaruh kepercayaan kepada Paul Pogba apabila pemain tengah Perancis itu
akan kembali berada dalam kesebelasan utama United selepas diketepikan pada aksi pertemuan menentang West Ham United minggu lalu.

Mourinho berkata keputusan itu dibuat setelah melihat kesungguhan ditunjukkan pemain tengah itu pada sepanjang minggu biarpun dihimpit spekulasi hubungan dingin antara mereka berdua.

Begitupun Mourinho menegaskan bahawa tiada pemain yang diberi keutamaan selain kepentingan kepada kejayaan pasukan.

"Dia seperti pemain lain. Tiada pemain yang lebih besar daripada kelab dan jika saya gembira dengan kerjanya, dia akan bermain, jika saya tidak gembira, dia tidak akan bermain.

"Saya gembira dengan kerjanya minggu ini, Dia menjalani latihan cukup baik pada Selasa, Rabu dan Khamis.

"Pasukan memerlukan pemain yang baik, pemain yang memiliki personaliti positif, dia memiliki ciri-ciri itu dan dia akan bermain pada pertemuan menentang Brighton & Hove malam ini (semalam)," kata Mourinho.

Komen anda