Ronaldo kini dikatakan tak bahagia bersama Real Madrid.

REAL Madrid dikatakan ingin segera menjual penyerangnya, Cristiano Ronaldo. Bintang asal Portugal itu boleh pergi meninggalkan pasukan pada bursa perpindahan pemain musim panas nanti.

Dipetik Tribal Football, Presiden Real Madrid, Florentino Perez sudah meminta agen Ronaldo, Jorge Mendes untuk menerima tawaran yang akan datang.

Dengan usia yang sudah menginjak 32 tahun serta ketajamannya yang sudah mulai menurun, ia menjadi alasan utama Real Madrid ingin menjual segera Ronaldo.

Sementara itu, Ronaldo berasa dikhianati oleh Real Madrid. Ini kerana Perez tidak memenuhi janjinya untuk melanjutkan kontraknya, malah ingin menjualnya.

Sukan Sinar difahamkan, kelab yang bakal diwakili Ronaldo pada musim panas nanti adalah Manchester United, iaitu pasukan hebat yang pernah disertainya pada 2003 hingga 2009 sebelum dia bergabung ke Real Madrid.

Florentino Perez

Namun, menjadi masalah utama The Red Devils untuk merekrut Ronaldo adalah gajinya yang sangat besar.

Faktor inilah yang dijangka akan menyukarkan perpindahan Ronaldo ke Manchester.

Walaupun hanya berada di kedudukan kelima gaji pemain termahal dunia, Ronaldo digaji Madrid 21 juta euro setahun dan kontrak Ronaldo di Madrid akan berakhir pada 2021 depan.

Komen anda