ITALI gagal meraih kemenangan dalam perlawanan persahabatan menentang Ukraine selepas seri 1-1, awal pagi tadi.

Dalam perlawanan itu, Itali terlebih dahulu berada di depan menerusi gol Federico Bernardeschi sebelum disamakan Ruslan Malinovskiy dan keputusan itu kekal selepas tamat perlawanan.

Hasil seri ini juga menyaksikan Itali gagal menang dalam lima perlawanan berturut-turut selepas seri dengan Macedonia, Sweden , Belanda dan Poland sekali gus membuatkan Gli Azzurri menyamai catatan buruk 93 tahun lalu.

Itali gagal memenangi liga di tempat sendiri sejak kali terakhir berlaku pada Mac 1923-Januari 1925.

Bagi pengendalinya, Roberto Mancini, mengakui kecewa dengan keputusan seri tersebut selepas pemainnya gagal menambah jaringan selepas mendahului.

“Saya memang mengharapkan dapat menang dalam perlawanan hari ini. Penyokong juga tampak kecewa, tetapi kami tidak boleh mendengar cemuhan orang.

“Kalau pemain dapat jaringkan gol mungkin keadaan sedikit berubah. Tetapi, tidak mengapa dan saya harapkan prestasi pemain akan meningkat selepas ini,” katanya.

Komen anda