Sah ACL, Wan Zack bakal berehat panjang…

2330

SAH ACL! Demikian keputusan diagnosis kedua yang dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap kecederaan lutut yang dialami pemain sayap Selangor, Wan Zack Haikal Wan Noor.

 

Keputusan itu dikeluarkan sebentar tadi selepas doktor sebuah hospital swasta terkemuka ibu kota melakukan teknik imbasan MRI pada lutut kiri Wan Zack.

 

Walaupun pada awalnya, doktor menjangkakan kecederaan itu tidak terlalu serius dan hanya melibatkan koyakan pada otot, namun keputusan penuh mendapati ianya tetap kecederaan serius yang menjadi igauan pemain bola sepak seluruh dunia.

 

Untuk rekod, ini kecederaan ACL kedua dialami Wan Zack apabila sebelum ini turut mengalami kecederaan sama di lutut kanannya.

 

Komen anda