Kerancakkan saingan untuk melangkah ke pusingan kalah mati kejohanan badminton 100PLUS Sirkit Remaja Kebangsaan Grand Final semakin sengit pada hari ini.

Aksi pusingan kedua hari ini menyaksikan pemain pemain yang beraksi di dalam kategori bawah 16 tahun memperbaiki kedudukan susulan kasi hambar semalam.

Saingan perseorangan lelaki, Teh Jin Hong dari Pulau Pinang antara paling awal mengesahkan slot ke pusingan kalah mati selepas melakar dua kemenangan.

Selepas menewaskan wakil Persatuan Badmnton Malaysia (BAM) semalam, Jin Hong beraksi konsisten sebelum menundukkan pemain dari Kuala Lumpur, Marcus Low Thong Zhi straight set 21-13, 21-7 untuk mengungguli kumpulan A.

Mengikuti jejak Jin Hong pemain BAM, Ng Yaw Pin yang mengungguli kumpulan D selepas turut mengesahkan slot ke pusingan kalah mati.

Kemenangan ke atas wakil Perak Lye Jun Yew 22-20, 21-19 mengesahkan kemenangan keduanya selepas mengatasi juara sirkit pertama Zon C dari Johor, Muhd Affan Atabek semalam.

Manakala kumpulan G memperlihatkan saingan sengit diantara dua pemain, Ong Ken Yong dari Melaka dan Lim Thian Loong dari Selangor apabila kedua dua pemain menang dua perlawanan.

Ong Ken Yon mengatasi wakil Kuala Lumpur, Tan Jia Jie straight set 21-13, 22-20 manakala Lim Thian Loong menang ke atas pemain BAM, Muazzam Danish Hanafi dalam pertarungan tiga set 9-21, 21-19, 21-16.

Ong Ken Yon

Situasi yang sama berlaku dalam kumpulan H menyaksikan wakil Sabah, Demond Anthony Samim dan Yap Juin An dari Selangor yang berjaya mengumpul dua kemenangan.

Demond menewaskan Mohd Shahrul Mat Desa daripada Terengganu straight set 21-10, 21-7manakala Yap Juin An meraih kemenangan kedua berturut turut selepas menang 21-16, 21-16 ke atas Chia Jeng Hon daripada BAM.

Senarai penuh pemain yang layak ke pusingan kalah mati akan diketahui esok dimana pusingan ketiga merupakan peluang terakhir buat pemain pemain untuk mengukuhkan kedudukan.

Sementara itu, saingan kumpulan bagi perseorangan perempuan Bawah 16 hanya kumpulan F dan H sudah menampakkan dominasi dua pemain untuk ke pusingan suku akhir.

Manakala lain lain kumpulan, persaingan untuk memburu slot ke pusingan seterusnya masih terbuka dan hanya akan diketahui selepas tamat pusingan ketiga.

Kumpulan F menyaksikan dua pemain Yeoh Zi Xuan dari Kuala Lumpur dan Vanessa Ng Po Lyn dari BAM berkongsi kedudukan selepas kedua duanya melakar kemenangan ke atas Tan Jet Sin dari Pahang.

Yeoh Zi Xuan yang juga pemenang sirkit pertama Zon C Mac lalu serta Vanessa Ng akan berentap esok untuk menentukan siapakah yang layak ke pusingan seterusnya.

Turut rancak bersaing untuk merebut slot ke peringkat kalah mati melibatkan kumpulan H, Loh Zhi Wei dari Selangor dan Tan Yan Yi dari Melaka dimana kedua duanya melakar dua kemenangan.

Loh Zhi Wei

Zhi Wei dan Yan Yi akan bertemu digelanggang esok untuk penentuan siapakah juara kumpulan sekaligus mara ke pusingan seterusnya.

Kejohanan Badminton 100PLUS Sirkit Remaja Kebangsaan Grand Final 2018 merupakan kemuncak bagi saingan bagi kategori remaja selepas dua sirkit telahpun berlangsung pada bulan Mac dan Mei lalu melibatkan tiga zon pertandingan.

Pemain pemain terbaik bagi setiap kategori bawah 12, 14 dan 16 dalam acara perseorangan dan bergu lelaki serta wanita termasuk daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan berkampung di Seremban bermula 4 hingga 8 Julai untuk menentukan juara edisi 2018.

100PLUS, minuman isotonik nombor satu negara merupakan penaja minuman rasmi bagi semua kejohanan anjuran BAM termasuk Terbuka Malaysia dan Malaysia Masters. 100PLUS juga merupakan penaja rasmi bagi kejohanan 100PLUS Sirkit Remaja Kebangsaan (Bawah 12, Bawah 14 dan Bawah 16) serta kejohanan Remaja Antara Negeri.

100PLUS, minuman isotonik nombor 1 di Malaysia, merupakan Minuman Rasmi bagi kesemua acara dan aktiviti BAM termasuk bagi Kejohanan Terbuka Malaysia dan Masters Malaysia. 100PLUS juga merupakan penaja utama Sirkit Remaja Kebangsaan 100PLUS (Bawah 12 Tahun, Bawah 14 Tahun dan Bawah 16 Tahun) dan kejohanan-Kejohanan Remaja Kebangsaan Antara Negeri 100PLUS.

 

Komen anda