Saya masih yakin-Wenger

176

PENGENDALI Arsenal, Arsene Wenger yakin dirinya masih mampu untuk membimbing The Gunners mencapai kejayaan.

Menurutnya, kekalahan adalah perkara biasa dan menjadi tugasnya untuk membawa kembali pasukan ke landasan yang betul.

“Ini adalah pertama kali terjadi dalam karier saya dan ini tidak mudah. Saya memiliki cukup pengalaman dan keinginan kuat untuk mengubah keadaan. Kami akan berjuang untuk memperbaiki persembahan dan mental pemain.

“Memang dilihat agak sukar tetapi kami akan cuba (mengembalikan semangat dan mental pemain). Kami memiliki banyak perlawanan lain iaitu pada Khamis menentang AC Milan dan pada hujung minggu,” katanya.

Namun, dia mengakui sedang melalui tahap yang teruk sepanjang kariernya sebagai jurulatih.

Malah, dia juga sedar untuk mengakhiri musim ini di kedudukan empat terbaik sudah tertutup dan satu sahaja harapan yang masih tersisi untuk pasukannya meraih piala dan layak ke Liga Juara-Juara adalah melalui saingan Liga Eropa.

“Kami akan cuba sedaya upaya untuk puaskan hati peminat. Saya harapkan mereka dapat bersabar,” katanya.

Wenger masih mengharapkan terus diberi peluang untuk membimbing Arsenal.

Komen anda