Selangor belum ‘desperate’ tabur RM1 juta++ dapatkan Syazwan

218
FOTO: KL The City Boys
FOTO: KL The City Boys

 

PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) tidak akan membelanjakan RM1 juta lebih semata-mata untuk mendapatkan khidmat Syazwan Andik Ishak dari Kuala Lumpur.

Naib Presidennya, Datuk Abdul Rauf Ahmad berkata, Selangor belum terdesak untuk ke arah itu memandangkan pemain yang ada dalam pasukan sekarang sudah cukup memuaskan.

“Kita ada ramai pemain-pemain muda yang bagus, di tambah dengan kehadiran ramai tonggak senior. Jadi rasanya kami belum sampai tahap ‘desperate’ untuk membelanjakan Rm1 juta untuk Syazwan,” katanya.

Pada masa sama, Abdul Rauf turut menafikan khabar angin yang tular di media sosial kononnya beliau dan penolong pengurus Selangor, Nazzab Hidzan cuba mempengaruhi Syazwan menggunakan ‘cara kotor’ untuk keluar dari Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA).

[ARTIKEL BERKAITAN: http://www.sukansinar.com/mana-ada-main-belakang-abdul-rauf-sangkal-dakwaan-selangor-guna-taktik-kotor/]

Komen anda