SENYUMAN yang terukir di wajah jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang diuji dengan penyakit kanser hidung tahap pertama melegakan peminatnya dan seluruh rakyat Malaysia.

Menerusi satu foto yang dimuat naik Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria di laman Instagram, Chong Wei dilihat cukup positif dan ceria.

“Melawat Chong Wei di rumahnya pagi ini (semalam). Saya gembira melihat dia kelihatan ceria dan sembuh dengan baik walaupun kehilangan berat badan,” kata Norza.

Namun, Norza menegaskan pemain berusia 36 tahun itu memerlukan rehat selama beberapa minggu lagi memandangkan sistem imunisasinya belum pulih sepenuhnya.

Justeru, beliau berkata bekas pemain nombor satu dunia itu tidak akan mengadakan sidang media dalam waktu terdekat.

Komen anda