Teruskan berjuang capai kemenangan

100

BENTENG terakhir Harimau Malaya mahu rakan sepasukan memberikan tumpuan sepenuhnya pada aksi final kedua dan percaya dalam bola sepak segalanya boleh berlaku.

Tetap menaruh kepercayaan tinggi terhadap semua barisan 23 pemain Harimau Malaya, Farizal tetap yakin pasukan mampu melakar kejutan beraksi di tempat lawan.

"Tiada apa yang mustahil kerana kami pernah melakukannya. Tewas di laman sendiri dan kemudiannya kami memenangi di tempat lawan," tegasnya.

Pada edisi 2014, Malaysia kecundang 1-2 kepada Vietnam di Stadium Shah Alam sebelum bangkit menewaskan mereka dalam aksi separuh akhir kedua 4-2.

Mengulas persiapan menghadapi Naga Emas, Farizal yang juga pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak menolak ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki pemain negara terutama dari segi penguasaan bola.

"Kami mudah hilang bola, tetapi kami juga berjaya merampasnya secepat mungkin sebaik kehilangannya.

"Ini adalah kesilapan kecil yang mampu menghukum kami, jadi saya berharap kami berjaya mengatasinya, membaiki taktikal permainan dan tidak lagi mengulangi kesilapan sama," katanya.

Pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, Farizal berjaya menyelamatkan sekurang-kurangnya enam percubaan Vietnam.

Komen anda