PASANGAN beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong bermula cemerlang pada perlawanan pertama mereka untuk layak ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka China 2018 di Fuzhou, China, hari ini.

Menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfworldtour.bwfbadminton.com. pasangan nombor ke-13 dunia itu terpaksa bekerja keras sebelum mengalahkan Berry Angriawan-Hardianto Hardianto dari Indonesia; 22-20 dan 21-18 pada perlawanan pusingan pertama di Pusat Sukan Olimpik Haixia.

Bagaimanapun pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai, terkeluar dari kejohanan bernilai AS $700,000 (RM2.919 juta) selepas tewas 17-21 dan 19-21 kepada pasangan pilihan ketiga, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dari Indonesia dalam satu lagi perlawanan pusingan pertama.

Malaysia tidak menghantar wakil dalam kategori perseorangan dan beregu wanita dalam Kejohanan Jelajah Dunia BWF status Super 750. – Bernama

Komen anda