VIETNAM lawan Malaysia di pentas separuh akhir Kejuaraan Persekutuan Bolasepak Asia Tenggara (AFF) 2018 di Yogyakarta, hari ini disifatkan ujian sebenar buat skuad futsal negara kendalian Chiew Chun Yong.

Skuad negara mara berstatuskan juara Kumpulan C sebelum ini tampil garang apabila membelasah Kemboja 10 – 0, bangkit menewaskan Indonesia 7 – 5 sebelum melengkapkan jadual dengan menjinakkan Myanmar 3-2.

Menyedari bahawa Vietnam bukan lagi skuad belasahan apabila mara pada peringkat empat terbaik ini, Chun Wong mengingatkan pemainnya supaya tidak memandang rendah keupayaan lawan.

“Inilah ujian sebenar pemain saya apabila berada di peringkat empat terbaik bukan lagi peringkat kumpulan, pastinya Vietnam akan memberikan tentangan sengit,” katanya.

Komen anda