Welsom Sim pecah rekod kebangsaan 800 meter

224

Perenang lelaki negara, Welsom Sim Wee Sheng memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri dalam acara 800m gaya bebas pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.

Atlet kelahiran  Sarawak itu mencatat masa 8 minit 12:46 saat pada aksi di Pusat Akuatik Gelora Bung Karno, sekaligus memadam rekod terdahulu iaitu 8:12:74 saat yang diciptanya pada Kejohanan Terbuka Malaysia 2015.

Beliau menduduki tangga terakhir daripada lapan peserta pada acara berkenaan.

Bekas juara Olimpik, Sun Yang dari China memenangi acara berkenaan dengan rekod baharu kejohanan iaitu 7:48:36 saat, manakala perenang Jepun, Takeda Shogo dan atlet Vietnam, Nguyen Huy Hoang, meraih pingat perak dan gangsa, masing-masing dengan catatan 7:53:01 saat dan 7:54:32 saat.

Terdahulu, seorang lagi wakil negara, Tern Jian Han gagal mara ke final acara 50m kuak lentang lelaki setelah menduduki tangga ke-20 daripada 38 peserta dengan catatan masa 26.88 saat pada peringkat saringan.

— BERNAMA

Komen anda