PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mencipta kejutan memenangi Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan hari ini.

Pemain berusia 20 tahun itu menumpaskan Riichi Takeshita 21-17, 16-21, 21-11 dalam masa 62 minutes sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai ASD37,500 (RM156,000).

Kemenangan itu juga menyaksikan Zii Jia menamatkan penantian 14 tahun negara dalam kejohanan tersebut selepas kali terakhir dimenangi Datuk Lee Chong Wei pada 2004.

Selain Chong Wei, Datuk Misbun Sidek (1987) dan Wong Choong Hann (2003) pernah memenangi kejohanan itu sebelum ini.

Komen anda