10 ‘permata’ terkorban: Presiden Flamengo anggap ia tragedi terbesar dalam sejarah sejak 123 tahun

287
10 pemain akademi Flamengo disahkan terkorban dalam insiden kebakaran yang berlaku di pusat latihan kelab dari Brazil itu awal pagi semalam.

Presiden Flamengo, Rodolfo Landim berkata insiden ini sebagai satu tragedi terbesar pernah dialami kelab itu sepanjang sejarah 123 tahun penubuhannya.

“Ia merupakan tregedi terburuk sepanjang sejarah 123 tahun kelab ini yang mengorbankan 10 mangsa. Apa yang penting kini adalah kami perlu berusaha untuk mengurangkan penderitaan keluarga mangsa yang terjejas disebabkan kebakaran ini.

“Flamengo sedang berusaha untuk mengetahui punca sebenar kebakaran itu dan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk menyiasat punca kebakaran tersebut.

“Akhir sekali, saya ingin menyatakan bahawa kelab ini sedang berkabung. Ia merupakan kesedihan terbesar buat kami. Tidak mudah untuk bercakap mengenainya hari ini,” katanya.

Kebakaran yang memusnahkan pusat latihan dan mengorbankan 10 pemain akademi Flamenco.

Laporan tempatan menyebut 10 mangsa yang terdiri daripada pemain muda itu terkorban di pusat latihan Urubu’s Nest yang turut menjadi tempat penginapan buat beberapa pemain akademi berkenaan.

Difahamkan tiga orang lagi turut tercedera dalam nahas tersebut.

Komen anda