ABK2018 tampilkan kategori Pemain Asean Terbaik

436

ANUGERAH Bolasepak Kebangsaan 2018 (ABK2018) di Pullman Kuala Lumpur, Bangsar pada 5 November ini bakal menampilkan satu lagi kategori baharu iaitu Pemain Asean Terbaik dalam kalangan 25 kategori edisi kali ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam “Setelah mengharungi 2018 dengan penuh bersejarah, kejayaan demi kejayaan dapat kita lakar melalui tahun ini dan semestinya kejayaan ini adalah atas usaha semua pihak termasuk penyokong.

“Anugerah Bolasepak Kebangsaan sebuah platform pengiktirafan dan penghargaan yang mampu mendorong setiap pihak yang terlibat dalam arena bola sepak tanah air untuk melakar kejayaan yang lebih besar pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Berikut senarai anugerah untuk ABK18:

1. Pemain Paling Bernilai

2. Jurulatih Terbaik

3. Penyerang Terbaik

4. Pemain Tengah Terbaik

5. Pertahanan Terbaik

6. Penjaga Gol Terbaik

7. Pemain Muda Harapan

8. Pemain Import Terbaik

9. Pemain Asean Terbaik

10. Kasut Emas

11. Pasukan Terbaik

12. Penyokong Terbaik

13. Pemain Paling Popular

14. Best XI

15. Anugerah Persahabatan

16. Anugerah Komuniti Akar Umbi

17. Anugerah Mesra Media

18. Anugerah Fair Play

19. Pemain Wanita Terbaik

20. Media Sosial Terbaik

21. Laman Web Terbaik

22. Penjaring Terbanyak Tempatan (Liga Super 2018)

23. Penjaring Terbanyak (Liga Super 2018)

24. Penjaring Terbanyak Tempatan (Liga Premier 2018)

25. Penjaring Terbanyak (Liga Premier 2018)

Komen anda