Aksi Pahang – Felda United ditangguhkan

223
Pemain Pahang antara yang beri penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah. FOTO: PAHANG FA

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan penangguhan perlawanan di antara Pahang menentang Felda United bagi menghormati kemangkatan KDYMM Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al-Muadzam Shah yang telah kembali ke Rahmatullah pada Rabu, 22 Mei 2019.

Menerusi satu kenyataan, MFL berkata, perlawanan LS15 yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur pada Sabtu, akan di bawa ke satu tarikh baharu yang bakal dimaklumkan kelak.

Selain itu, MFL selaku pentadbir Liga Malaysia turut mengadakan upacara bertafakur selama satu minit sebelum sepak mula bagi semua perlawanan Liga Malaysia 2019 pada 24 hingga 26 Mei 2019.

Keputusan itu menyaksikan hanya lima perlawanan Liga Super berlangsung minggu ini iaitu Terengganu FC lwn Selangor, Perak lwn Melaka, PKNS FC lwn Petaling Jaya City FC, Kuala Lumpur lwn PKNP FC dan Johor Darul Ta’zim lwn Kedah.

Komen anda