‘Apa salah aku pada bola sepak?’ – Zamir Selamat luah kekecewaan

20023

FOTO: TRWFC

BEKAS penjaga gol Melaka United, Zamir Selamat seakan berputus asa dengan karier bola sepaknya ekoran sehingga kini masih gagal mendapatkan pasukan untuk beraksi.

 

Melalui coretan di Instagramnya, Zamir meluahkan rasa kecewa apabila sekali lagi gagal memeterai perjanjian dengan sebuah pasukan liga bawahan walaupun pada awalnya, kedua-dua pihak seakan bersetuju secara lisan.

 

“Harap ini last aku post pasal KARIER BOLA AKU.. Aku pun tak paham, cuma boleh cakap bukan rezeki je la..

 

“Tapi itulah. Kadang-kadang aku terfikir apa salah aku dengan bola sepak sampai jadi macam ini sekali. Berbelas team deal dah semua tak jadi. Dari Liga Super sampai Liga M3,” katanya.

 

Dalam hantaran sama, Zamir turut menafikan dakwaan kononnya beliau meminta gaji yang tinggi menyebabkan kebanyakan pasukan takut untuk mendekatinya.

 

“Aku dengar ada yang kata aku sampai sekarang tak ada team sebab demand gaji tinggi, terutama kuat aku dengar masa dekat kelantan. Sebab main game ok training pun ok. Tup tup tak jadi.

 

“So maknanya mungkin aku MINTAK GAJI 180 RIBU KOT! Kalau ada orang management yang kata macam itu dekat penyokong tolonglah suruh istighfar sikit. Jangan nak lepas kan diri dan buat cerita macam tu.

 

“Sampai semalam pun aku setuju nak main team yang bayar gaji RM1-2 ribu. TAPI SEPERTI BIASA, PAGI INI MEREKA CANCEL!,” katanya lagi.

 

Zamir bagaimanapun mengakhiri hantaran Instagramnya dengan kata-kata semangat dan percaya rezeki untuknya sudah diatur oleh yang Maha Esa.

 

Komen anda