Arsenal lemau di laman lawan…

265

PRESTASI buruk di gelanggang lawan menjadi antara  punca Arsenal masih gagal berada di kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Setelah mengalahkan Bournemouth 2-1 25 November lalu, Arsenal dilihat masih gagal untuk mengutip mata penuh di tempat lawan dan hanya meraih keputusan ketika berdepan Manchester United 2-2 dan Brighton & Holve Albion 1-1, manakala The Gunners melakarkan empat kekalahan daripada enam perlawanan terakhir di gelanggang lawan.

Selain itu, gawang Arsenal juga tidak pernah kebal apabila dibolosi 14 gol termasuk ketika tewas 1-5 kepada Liverpool di Anfield akhir Desember lalu walaupun ketika itu The Gunners mampu meraih enam kemenangan di Stadium Emirates.

Justeru situasi itu perlu diatasi segera buat skuad kendalian Unai Emery yang kini berada tangga keenam liga dengan 47 mata dan hanya ketinggalan tiga mata dibelakang Chelsea untuk berada dalam kelompok empat pasukan teratas.

“Pertamanya saya perlu selalu mengkritik diri sendiri. Saya sentiasa bekerja keras tanpa memikirkan kritikan terhadap saya dan percaya situasi ini akan mampu berubah kepada yang lebih baik.

“Itulah yang kami sedang lakukan ketika ini sama ada di gelanggang sendiri mahu di tempat lawan. Kami masih ada peluang untuk berada di kedudukan empat teratas dan kami tahu iannya tidak mudah,” sambungnya.

“Kami berada dalam situasi yang sama sejak sebulan lalu dan itu sesuatu yang sukar, jadi kami harus beraksi lebih baik di tempat lawan dan kami memerlukan sedikit masa untuk meningkatkan lagi prestasi dan keyakinan diri,” kata Pengurus Arsenal, Unai Emery.

Komen anda