Arsenal pintas Manchester United kelompok empat terbaik

255

ARSENAL kembali mempamerkan karakter kegarangan mereka di saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menewaskan pesaing terdekat Manchester United, 2 – 0 di Stadium Emirates, awal pagi tadi.

 

Jaringan setiap babak Granit Xhaka minit ke-12 dan penalti Pierre Emerick-Aubameyang (69′) sudah cukup meletakan The Gunners menghuni tangga keempat liga dengan 60 mata dua mata mengatasi The Red Devils yang berada di kedudukan kelima.

 

Pengendali Gunners, Unai Emery mengakui beliau terpaksa merombakan kesebelasan utama selepas tewas 1-3 kepada kelab Ligue 1, Rennes dalam saingan Liga Europa sebelum ini bagi mencari momentum kemenangan semangat.

“Kami berdepan cabaran besar selepas tewas kepada Rennes, bukan mudah mengembalikan momentum kemenangan tambahan pula berdepan Manchester United.

 

“Syabas kepada pemain kerana kembali kepada rentak kemenangan yang mana kemenangan semangat bagi berdepan Rennes,” katanya.

 

Arsenal bakal berdepan Rennes pada saingan pusingan kedua awal pagi Jumaat ini bagi misi pemburuan slot kelompok lapan terbaik Liga Europa.

 

Mengakui saingan domestik semakin mencabar selepas mengharugi 30 perlawanan, Emery berkata, pemain Arsenal kini beraksi dalam tekanan berikutan kepadatan jadual.

 

Namun katanya, beliau gembira kerana pemain memberikan komitmen dan aksi terbaik di padang.

 

“Jadual kami semakin padat menyebabkan pemain terpaksa mengharungi perlawanan yang sukar pada ketika ini.

 

“Apapun saya mengharapkan pemain Arsenal dapat menyerap tekanan seterusnya kekal konsisten bagi baki saingan liga,” katanya.

 

 

Kemenangan selepas aksi ke-30 liga itu juga membolehkan kelab kendalian Emery terus menghimpit jiran tetangga Tottenham Hotspur (61) dalam pemburuan slot ke Liga Juara-Juara musim depan.

 

 

 

Komen anda