Berjuanglah habis-habisan demi negara tercinta

109
Penyokong setia Harimau Malaya, Ultras Malaya hadir memberi sokongan padu kepada skuad negara pada aksi persahabatan menentang Jordan di Stadium Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini.

ZURAIMEE ZAINAL

SKUAD Harimau Malaya digesa berjuang habis-habisan tanpa mempedulikan segala bentuk provokasi luar dan dalam padang ketika menentang Indonesia pada aksi pertama Kumpulan G Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Gelora Bung Karno.

Capo Ultras Malaya, Lekir Ahmad berkata, skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe perlu bijak mengawal emosi dan pada masa sama menyerap tekanan daripada penyokong serta pemain skuad Garuda bimbingan Simon McMenemy.

“Pemain-pemain negara kena bijak mengawal emosi masing-masing kerana kita tahu pemain bakal berdepan tekanan dan provokasi sepanjang 90 minit perlawanan.

“Tenang-tenangkan hati serta mohon kepada-NYA diberikan kekuatan mental serta fizikal dalam mengharungi dugaan dan cabaran pada perlawanan berkenaan.

“Kami penyokong sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Harimau Malaya kerana kami mahu para pemain berjuang tidak hanya demi lencana di dada tapi juga demi maruah negara, diri sendiri dan keluarga,” katanya.

.

Komen anda