GP Amerika Syarikat: BO55KU akui buat silap pemilihan tayar

229
FOTO: RED BULL KTM TECH3

PELUMBA MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengakui teramat kecewa dengan prestasinya dalam saingan Grand Prix (GP) Amerika Syarikat apabila menduduki tangga tercorot dalam kalangan 18 pelumba yang menamatkan perlumbaan.

Hafizh berkata, aksi hambar itu berpunca kesilapan memilih tayar yang menyaksikan beliau ditinggalkan jauh pelumba lain pada perlumbaan yang dimenangi Alex Rins dari Suzuki itu.

“Sejujurnya saya memang kecewa kerana kami cuba untuk membuat pemilihan tayar yang berbeza. Malangnya pemilihan itu tidak tepat dan saya sudah merasakan kekurangan itu sejak awal perlumbaan lagi.

“Tayar itu juga menyukarkan saya untuk memberhentikan jentera dan membuatkan saya bergelut sepanjang perlumbaan.

“Saya tidak tahu apa yang terjadi, tetapi diharapkan, kami dapat kembali semula lebih kuat pada perlumbaan berikutnya di Jerez, Sepanyol,” katanya.

Komen anda