BO55KU bawa misi penting di Qatar

387

 

PELUMBA negara, Hafizh Syahrin Abdullah melaungkan keyakinan bahawa beliau sudah bersedia menghadapi perlumbaan pembuka tirai MotoGP di Qatar minggu ini.

 

Hafizh yang cukup dikenali dengan panggilan BO55KU di kalangan peminat Malaysia berkata, walaupun sesi pra musim tidak begitu baik apabila berada di kedudukan tercorot, namun beliau yakin mampu lakukan kejutan di perlumbaan sebenar pada Ahad.

 

“Saya sangat teruja menantikan perlumbaan pertama ini. Walaupun menjalani pra musim yang sukar, tetapi saya merasakan kami sudah meningkat sedikit demi sedikit dan semakin baik dari hari ke hari.

 

“Walaupun kami masih lagi perlahan berbanding pelumba lain, tetapi saya percaya kami mampu sampai ke puncak suatu hari nanti dengan pasukan terbaik yang ada ini.

 

“Kami akan terus bekerja keras untuk memahami semuanya dan akan memastikan minda kami terus segar pada hari perlumbaan nanti,” katanya di laman rasmi Red Bull KTM Tech3.

 

Mengulas misinya pada perlumbaan pertama di Litar Losail, Qatar, Hafizh berkata sasaran utamanya adalah untuk berada di kedudukan yang lebih baik berbanding pra musim.

 

“Kami akan lihat apa yang dapat dilakukan, tetapi secara peribadi saya mahu memperbaiki kedudukan pada perlumbaan sebenar ini berbanding sesi pra musim tempoh hari,” katanya lagi.

 

Komen anda