Bottas ada senjata tewaskan Hamilton

94
Bottas (tengah) mengakui mempunyai strategi terbaik untuk merampas podium pertama di GP British hujung minggu ini.

PEMANDU Mercedes, Valtteri Bottas mengakui mempunyai beberapa strategi yang perlu memperbaiki untuk menamatkan dominasi rakan sepasukannya, Lewis Hamilton dalam baki perlumbaan Formula 1 (F1).

Bottas yang sebelum ini memimpin kejuaraan buat kali pertama dalam kerjayanya selepas meraih dua kemenangan dari empat perlumbaan pembukaan.

Begitupun kedudukan itu diambil alih Hamilton selepas mengungguli empat daripada lima perlumbaan berikutnya untuk menerajui kedudukan teratas kategori pemandu dengan mengutip 197 mata meninggalkan Bottas 31 mata di tangga kedua.

Pemandu dari Finland itu masih gagal memintas Hamilton sejak Grand Prix Sepanyol Mei lalu mengakui telah mengenal pasti beberapa bidang utama untuk berfungsi lebih baik menjelang Grand Prix British hujung minggu ini.

"Ia cukup jelas mengenai data dan buat masa ini kami sedang bekerja sama dengan baik bersama jurutera untuk menanganinya dan hujung minggu ini saya perlu fokus untuk terus mengutip mata.

"Sudah menjadi trend di kebanyakan litar, Hamilton dilihat agak konsisten terutamanya di selekoh perlahan dengan kelajuan brek dan cara pemanduannya selain kemampuannya mengawal tayar dalam perlumbaan.

"Manakala saya masih berusaha ke arah itu untuk menjadi lebih baik dalam segala-galanya. Kami mempunyai data tahun lepas, bermula sesi kelayakan hingga perlumbaan, dan ia sangat jelas di mana saya perlu bermula dengan lebih baik jika saya mahu berjuang untuk menang.

"Dengan data yang kami ada sekarang, ia boleh diakses dan ia agak mudah untuk menentukan segala-galanya, bahagian paling sukar sebenarnya adalah melakukan semua yang anda perlu lakukan sebaik sahaja berada i dalam kereta," jelasnya.

Ditanya sama ada permukaan litar turut memainkan peranan dalam pemanduannya, Bottas menjawab: "Kami merasakan ia memerlukan cengkaman yang cukup tinggi, terutamanya dengan perkembangan trek yang baik pada hujung minggu, ia akan terus menjadi lebih baik.

"Saya fikir ia telah dilakukan oleh syarikat yang sama seperti mada di Barcelona sejak beberapa tahun lalu dan ia memberikan cengkaman yang cukup tinggi.

"Apa yang saya harapkan ia tidak terlalu melambung seperti musim lalu dan kita akan lihat keputusannya pada perlumbaan hujung minggu ini," katanya.

Komen anda