Bruyne; Rodri mampu galas misi Manchester City

48

BINTANG Manchester City, Kevin de Bruyne memuji aksi pemain tengah, Rodri ketika kejayaan ke atas Liverpool dalam aksi Perisai Komuniti baru-baru ini.

Pemain berusia 23 tahun itu dibeli dari Atletico Madrid dengan nilai £62 juta (RM313 juta) sebagai pelapis kepada Fernandinho di posisi pemain tengah bertahan.

Debut rasmi Rodri bersama skuad The Citizens itu kelihatan sempurna apabila dia mencatatkan 92 peratus ketepatan dalam membuat hantaran bola kepada rakan-rakan sepasukan. Malah, Rodri berjaya menghalang serangan The Reds dan beberapa kali memenangi pertembungan di udara.

“Dia sangat sesuai untuk kami. Saya rasa pengurusan City sudah tahu selok belok mendapatkan pemain yang bagus. Anda boleh menilanya sendiri dengan banyaknya pemain muda yang datang ke City dan berjaya bermain dengan cara kami.

“Saya yakin Rodri akan menjadi pemain bintang dan watak penting di bahagian tengah. Dia bukan sahaja mampu bermain secara bertahan tetapi juga mampu untuk menyerang,” katanya.

Justeru, de Bruyne mengharapkan pengendali City, Pep Guardiola dapat memberikan lebih peluang buat Rodri beraksi selain menggesa pemain Sepanyol itu terus konsisten memberikan persembahan terbaik.

Komen anda