Cabaran negara di Terbuka Australia berakhir

142
Foto: FB Badminton Association of Malaysia - BAM

CABARAN Malaysia di Terbuka Australia berakhir selepas kedua-dua wakil negara iaitu pemain perseorangan lelaki, Soong Joo Ven dan beregu campuran profesional, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying disingkirkan lawan masing-masing pada saingan suku akhir, hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Sydney Olympic Park itu, Peng Soon-Liu Ying, selaku pilihan ketiga kejohanan terlebih dahulu ditunjukkan jalan keluar oleh pasangan Indonesia, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti dengan keputusan 18-21, 20-22.

Harapan Malaysia musnah selepas Joo Ven, pemain ranking ke-72 dunia itu tewas kepada pemain utama kejohanan, Chou Tien Chen dari Taiwan yang berakhir dengan keputusan 14-21, 8-21, menurut lawan sesawang, Persekutuan Badminton Dunia (BWF), https://bwfbadminton.com.

Bagaimanapun aksi Joo Ven sehingga peringkat suku akhir di Terbuka Australia dilihat agak memberangsangkan yang mana beliau terdahulu melakar kejutan mengalahkan pemain utama Hong Kong, Wong Wing Ki di pusingan pertama dan seterusnya mengalahkan pemain Thailand, Sitthikom Thammasin untuk bertemu Tien Chen, pemain nombor empat dunia.

Foto: FB Badminton Association of Malaysia – BAM

Komen anda