Utama Akuatik

Akuatik

Akuatik

Pandelela tak sabar kembali ke gelanggang

RATU terjun negara, Pandelela Rinong Pamg teruja untuk kembali berlatih dalam usahanya mencapai semula tahap prestasi terbaik bagi mengharungi cabaran 2019. Pandelela, yang melakar sejarah muncul atlet terjun negara pertama dalam acara individu merangkul pingat Piala Dunia dengan meraih gangsa acara 10 meter (m) platform di Wuhan, China, pada Jun lalu, berkata , kecederaan pinggang serta bahu...

Kena tunggu awal tahun depan

PELANTIKAN ketua jurulatih skuad renang negara yang baharu dijangka diumumkan selewat-lewatnya awal Januari tahun depan. Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail memaklumkan pihaknya sudah menerima beberapa nama yang dicadangkan oleh Persatuan Renang Amatur Malaysia (Asum) untuk pertimbangan sewajarnya. “Saya sendiri telah membuat tinjauan nama dengan beberapa badan sukan renang di negara kita selain nama yang dikemukakan Asum dan kita akan bincang potensi kesemua calon-calon ini pada mesyuarat jawatankuasa kerja...

Asum rangka strategi raih slot Tokyo 2020

PERSATUAN Renang Amatur Malaysia (Asum) menyenaraikan empat calon jurulatih luar dari Amerika Syarikat dan United Kingdom untuk skuad renang negara. Setiausaha Kehormatnya, Mae Chen berkata, badan induk sukan itu memerlukan jurulatih  berpengalaman dalam melatih atlet dengan corak latihan berprestasi tinggi terutamanya dalam persiapan  misi meraih slot ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo. “Jurulatih luar yang disenaraikan itu mempunyai pengalaman luas bukan sahaja sebagai jurulatih tetapi  sebagai atlet. Mereka juga antara jurulatih...

MALAYSIA BOLEH!!!!!!

  MALAYSIA BOLEH!!!!!! Dari kiri: Penerjun negara Betrand Rhodict Anak Lises, Kimberly Bong, Ooi Tze Liang dan Enrique Maccartney Anak Harold bersama pingat masing-masing selepas Kejohanan Terjun Grand Prix FINA di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil pada 9 November lalu....

Tze Liang tepati ramalan

PENERJUN elit negara, Ooi Tze Liang, mahu menimba sebanyak mungkin pengalaman sebelum pusingan kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 bermula tahun depan. Justeru, penerjun berusia 24 tahun itu, tidak mahu melepaskan peluang untuk beraksi pada Kejohanan Terjun FINA Grand Prix (GP) Kuala Lumpur di sini walaupun tanpa cabaran penerjun elit dalam dan luar negara. Selepas berakhirnya Sukan Asia 2018 di Indonesia, Ogos lalu, penerjun elit negara kebanyakan direhatkan dan hanya akan kembali  menyertai kejohanan bermula tahun depan. Bagaimanapun, Tze Liang merupakan satu-satunya penerjun senior...

Kena bijak bahagi masa: Pandelela

Ratu terjun negara Pandelela Rinong dan pemain hoki kebangsaan Mohammad Fitri Saari adalah antara 5,279 graduan yang akan menerima ijazah masing-masing sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) 2018. Pandelela, 25, pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 Rio de Janeiro, dan...

Sakit pinggang tidak jejas Kimberly raih emas

KECEDERAAN pinggang tidak menghalang penerjun negara, Kimberly Bong Qian Ping meraih pingat emas untuk Sarawak pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 yang berlangsung di Pusat Akuatik Tuanku Zara. Gadis berusia 16 tahun dari Kuching itu, meraih emas dalam acara platform individu...

Pingat perak mampu bersih nama Wendy

Kejayaan meraih pingat perak pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 mampu membersih nama atlet terjun negara Wendy Ng Yan Yee daripada isu doping. Katanya, pingat perak yang dimenanginya dalam acara 3m papan anjal seirama bergandingan dengan Nur Dhabitah Sabri merupakan satu kepuasan dan membuktikan beliau...

Dhabitah anggap kejayaan di Sukan Asia 2018 sebagai yang terbaik sepanjang bergelar atlet

PENERJUN wanita negara, Nur Dhabitah Sabri menyifatkan kejayaannya meraih satu perak dan dua gangsa pada penampilan kedua Sukan Asia kali ini adalah yang terbaik sepanjang bergelar atlet kebangsaan. Penerjun berusia 19 tahun itu menambah satu lagi pingat gangsa dalam acara...

Chew Yi Wie cipta kejutan raih gangsa

Penerjun negara, Chew Yi Wei mencipta kejutan merangkul pingat gangsa acara 3 meter papan anjal lelaki pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di Pusat Akuatik Gelora Bung Karno di sini, malam ini. Beliau yang sebelum ini dibayangi rakan senegara, Ooi Tze Liang, membuktikan kemampuannya menamatkan saingan...

POPULAR KINI

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI
© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf
error:
Bitnami