Catlin akan pertahankan kejuaraan Golf Sarawak

89

JUARA bertahan, John Catlin dari Amerika Syarikat akan mempertahankan kejuaraan Golf Sarawak di Kelab GHolf & Country Damai, Kuching dari 15 hingga 18 Ogos depan.

Menurut kenyataan Jelajah Asia hari ini, kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai AS$300,000 (RM1.23 juta) itu turut disertai oleh trio Thailand, — Sadom Kaewkanjana, Poom Saksansin dan Prom Meesawat, selain pemain India, Khalin Joshi dan Ajeetesh Sandhu.

Komisioner Jelajah Asia dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Cho Minn Thant, berkata visi dan komitmen kerajaan Sarawak membolehkan kejohanan itu disenaraikan dalam jadual Jelajah Asia.

Kejohanan tersebut dianjurkan oleh kerajaan negeri sebagai sebahagian daripada usaha menggalakkan industri pelancongan di negeri Bumi Kenyalang itu.

Komen anda