Cheng Hoe mahu Harimau Malaya barakan semangat 2018

244
Foto: FB FAM
PENGENDALI Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menyifatkan barisan pemain yang dipanggil menyertai kem latihan skuad kebangsaan adalah yang terbaik dan mampu melakar kejayaan pada masa depan.
Jelasnya, jika sebelum ini ramai pemain tidak dapat beraksi pada pentas Piala AFF Suzuki 2018, tetapi kali ini berbeza.
“Kita tahu ramai yang tidak dapat bersama kali ini ekoran ada beberapa pemain yang menyertai skuad bawah 22 tahun (B-22) untuk kelayakan AFC B-23.
“Tetapi pemain yang ada kali ini saya harap tidak berasa tertekan kerana mereka datang dengan satu tujuan bagi pamerkan aksi terbaik buat pasukan.
“Saya sentiasa memberikan galakan kepada semua dan mereka tidak perlu berasa tertekan untuk kejohanan Piala Airmarine kali ini.
“Kita mahu momentum yang ada pada tahun lalu diteruskan kali ini
“Sudah tentu tiap kali menjelang sesuatu kejohanan kita mahukan kemenangan dan mereka tentunya sudah tahu tugas masing-masing ketika berada di sini ,” jelasnya kepada media di padang MSN Bukit Jalil, semalam.
Skuad Harimau Malaya bakal menghadapi dua perlawanan pada Piala Airmarine 2019 iaitu bertemu Singapura pada 20 Mac dan Oman atau Afghanistan pada 23 Mac.

Komen anda